Jadilah Dirimu Sendiri Sebaik Baik Pandangan dari Nur Ilahi

Ilmu itu diiringi dengan amalan,
maka barangsiapa yang memiliki ilmu hendaklah beramal dengan ilmu tersebut.
Ilmu seolah-olah memanggil amalan seseorang dan pergi kepadanya apabila mendapat jawapan,
sebaliknya ilmu tadi akan pergi jauh daripadanya apabila tidak mendapat sebarang jawapan
(Saidina Ali Bin Abi Talib k.w.h )
“Benarlah ucapan Rasulullah!. Kamu berjalan sebatang kara, mati sebatang kara, dan nantinya (di akhirat) dibangkitkan sebatang kara”.




Perbanyaklah bersyukur niscaya allah akan tambahkan kenikmatan ...

Rabu, 21 April 2010

Menangislah Karena Allah

Bumi kata pergi kubur kata mari. Itulah satu ungkapan yang selalu kita dengar. Sedar tidak sedar usia kita hari ini makin bertambah. Bahkan kehidupan kita ini semakin dekat dengan Allah s.w.t. Hari pembalasan (yau mul hisab) semakin menghampiri kita. Mari kita muhasabah bersama, sudah banyakkah amalan kita untuk dibawa kesana? apakah semua amalan di dunia ini akan diterima oleh Allah s.w.t? Ya Allah...


Firman Allah s.w.t "Sesungguhnya Allah s.w.t menyukai orang-orang yang bertaubat dan orang-orang yang mensucikan diri" (Surah Al-Baqarah:222)

Firman Allah s.w.t "Dan Dialah Yang menerima taubat dari hamba-hambaNya dan memaafkan kesalahan-kesalahan." (Surah Asy-Syuuraa:25)

Pada zaman Nabi Musa A.S, datanglah kepada beliau seorang wanita untuk bertaubat kepada Allah s.w.t atas semua kesalahan yang telah dia lakukan selama ini. Wanita tersebut berkata:" Wahai Nabiullah, saya jauh-jauh datang ke sini hanya untuk bertaubat kepada Allah, mohonkan taubatku diterima oleh-Nya". Nabi Musa AS, berkata:" Gerangan dosa apakah yang telah engkau perbuat, hingga engkau ingin bertaubat kepada Allah SWT?". Wanita tersebut berkata kembali:" Aku telah berzina dengan seseorang dan telah melahirkan seorang bayi, kerana rasa malu dan takut diketahui oleh orang lain, maka aku bunuh bayi tersebut".

Demi mendengar itu semua, Nabi Musa sangatlah marah, lalu Beliau berkata:" Pergilah engkau, jangan kau bakar aku dengan api neraka yang diakibatkan oleh perbuatanmu itu!!". Wanita tersebut menangis lalu berkata:" Wahai Nabi Allah, tidakkah aku dapat bertaubat kepada Allah, dan aku berjanji tidak akan mengulangi semuanya itu". Nabi Musa A.S masih dalam keadaan marah lalu mengusir wanita tersebut sambil berkata:" Dosamu terlalu besar dan tidak bisa dimaafkan".

Lalu pulanglah wanita tersebut sambil menangis. Tidak lama dari kejadian tersebut, datanglah Malaikat jibril kepada Nabi Musa A.S. Jibril berkata:" Wahai Musa, Allah telah menegurmu, mengapa engkau tolak taubat wanita tersebut, padahal wanita tersebut telah benar-benar mengakui kesalahan dan menyesal atas semua kesalahannya itu, dia ingin kembali ke jalan yang benar, harusnya Engkau membimbingnya bukannya mengusirnya!!!".

Demi mendengar itu semua, Nabi Musa berkata:" Dosa wanita tersebut terlalu besar wahai Jibril, dan Aku tidak yakin Allah akan mengampuni dosa tersebut". Jibril berkata:" Allah maha pengampun lagi maha mendengar taubat dari Hamba-Nya yang benar-benar ingin bertaubat, Bahkan dosa yang lebih besar dari itupun Allah pasti akan mengampuninya".

Berkata Nabi Musa AS:" Dosa apakah yang lebih besar daripada dosa wanita yang telah berzina dan membunuh anak dari hasil perzinaan tersebut, Ya Jibril???". Jibril menjawab:" Seseorang yang meninggalkan Sholat dengan sengaja". Mendengar itu semua Nabi Musa menangis dan dia menyesal atas kekeliruan yang telah beliau lakukan kepada wanita yang benar-benar ingin bertaubat.

Daripada Abdullah bin Umar r.a. daripada Nabi s.a.w. bahawa pada suatu hari baginda menyebut tentang solat lalu baginda bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang memelihara solat, nescaya solatnya menjadi nur untuknya, ketandaan (iman) dan kelepasan (dari neraka) pada hari kiamat. Sebaliknya sesiapa yang tidak memeliharanya nescaya tiada nur baginya, ketandaan dan kelepasan. Malahan dia adalah (dikumpulkan dalam neraka yang paling panas sekali) bersama Qarun, Fir’aun, Haman dan Ubai bin Khalaf. (Hadis riwayat Ahmad, at-Tabrani dan Ibnu Hibban).

Daripada Jabir r.a. meriwayatkan beliau telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya meninggalkan solat ialah (perkara yang menghubungkan) seseorang dengan kufur.(Hadis riwayat Ahmad).

RENUNGAN

Allah SWT Maha pengampun kepada Hamba-Nya yang benar-benar ingin bertaubat.
Tidak ada manusia yang tidak punya dosa, kerana manusia selalu dihinggapi dosa. Dan manusia yang baik bukanlah manusia yang tanpa dosa, tetapi manusia yang apabila dia melakukan dosa, dia menyedari kesalahan dan bertaubat kepada Allah.

Oleh kerana itu sebelum terlambat, marilah kita memohon ampun kepada Allah s.w.t, sering-seringlah ber"istighfar". Mudah-mudahan semua dosa kita bisa diampuni oleh Allah SWT. Amin Ya Rabbal A'lamin
Semoga tulisan sederhana ini membawa banyak manfaat bagi yang membacanya. Segala kesalahan adalah dari saya peribadi. Oleh yang demikian saya mengucapkan mohon maaf yang sebesar-besarnya. Dan kebenaran itu mutlak milik Allah SWT.

Ya Allah...
Terimalah Taubat kami...
Jadikan Air Mata ini sebagai saksi penebus dosa-dosa kami di akhirat kelak...
Ya Allah...
Kasihanilah kami semua...
Terimalah kami sebagai hamba Mu yang beriman dan beramal soleh...
Amin Ya Rabbal A'lamin...

Selasa, 20 April 2010

Istriku Yang Bersusah...

Ya Allah.... andai Engkau berkenan limpahkan kepada kami cinta yang kau jadikan pengikat rindu, Rosulullah dan khodijah Al-Qubrah yang Engkau jadikan mata air kasih sayang.

Sayidina Ali dan Fatimah Azzahro yang Kau jadikan penghias Nabi-Mu yang suci. namun bila itu berlebihan cukuplah Ridhlo-Mu untuk menjadikan kami suami-istri yang saling asih dikala dekat, saling menjaga kehormatan dikala jauh, saling mengingatkan dikala suka dan duka, saling menasehati dalam kesabaran dan peribadatan, saling mendo'akan dalam kebaikan dan ketaqwaan.

Ya Allah.... sempurnakanlah kebahagiaan kami dengan menjadikan rumah tangga kami sebagai ibadah kepada-Mu dan bukti kepengikutan dan cinta kami kepada sunah Rosul-Mu.

Bersyukurlah Pada Allah

Allah memiliki segala yang ada di langit dan di bumi termasuklah diri kita. Kita adalah milik Allah dan demikian jugalah segala apa yang kita miliki.

Oleh itu adalah menjadi satu tanggungjawab kepada kita untuk bersyukur kepada Allah atas segala nikmat yang kita terima. Sudah tentu nikmat yang kita perolehi terlalu banyak sehingga kita sendiri tidak mampu menghitungnya.

Cukuplah sekiranya kita bayangkan bagaimana jika matahari terus menerus memancarkan cahayanya sepanjang hari tidak kira siang mahupun malam? Sudah pasti ketika itu tiada kehidupan yang dapat bertahan hidup di atas muka bumi ini termasuklah manusia.

Firman Allah s.w.t : "Bagaimanakah fikiran kamu jika Allah
menjadikan siang kepada kamu selama-lamanya hingga ke hari kiamat. Tuhan yang manakah lagi selain Allah yang dapat membawakan malam kepada kamu untuk kamu berehat padanya? Maka mengapa kamu tidak mahu melihat dalil-dalil dan bukti keesaan dan kekuasaan Allah)?"
(Surah Al-Qasas : 72)

Cuba pula kita bayangkan bagaimana sekiranya sistem badan kita tidak lagi mempunyai antibodi yang berfungsi menentang serangan kuman dan penyakit. Sudah tentu badan kita tidak akan kekal lama dan kita tidak akan mampu hidup dengan selesa.

Firman Allah s.w.t : "Dan pada bumi ada tanda-tanda bagi orang-orang yang yakin, dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?. Dan di langit pula terdapat rezeki-rezeki kamu, dan juga terdapat apa yang telah dijanjikan kepada kamu. Maka demi Tuhan langit dan bumi, sesungguhnya itu tetap benar sebagaimana benarnya kamu dapat berkata-kata".
(Surah Adz-Dzaariyaat : 20-23)

Ini semua adalah nikmat yang berkaitan dengan hidup dan mati kita.

Bagaimana pula nikmat yang Allah kurniakan untuk memberi kesenangan kepada kita seperti anggota badan yang sempurna, kenderaan yang baik dan rumah yang selesa?. Tidakkah kita patut bersyukur dengan segala nikmat yang telah dikurniakan itu?

Sekiranya kita bersyukur sudah pasti Allah akan menambahkan nikmat-Nya kepada kita.

Firman Allah s.w.t : "Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhan kamu memberitahu kepada kamu, sekiranya kita bersyukur Aku akan menambahkan (nikmat-Ku) kepada kamu tetapi sekiranya kamu mengingkari (nikmat-Ku) maka sesungguhnya azab-Ku sungguh pedih".
(Surah Ibrahim : 7)

Bersyukur adalah sebagai tanda kita mengakui diri kita hamba Allah yang tunduk kepada kerajaan Allah yang maha kaya yang memiliki segala sesuatu. Jika sebaliknya maka kita adalah seorang hamba yang menderhakai Tuhannya yang telah mengurniakan kepadanya segala kesenangan dan kenikmatan.

Ramai orang yang semakin jauh daripada Allah setelah menikmati kesenangan bahkan menafikan sama sekali kenikmatan yang diterimanya adalah kurniaan daripada Allah.

Manusia yang lupa untuk bersyukur ini seharusnya mengingati bencana yang telah menimpa ke atas Qarun, seorang yang hidup pada zaman nabi Allah Musa iaitu orang yang terkaya di dunia tetapi tidak bersyukur kepada Allah. Maka kerana itu, Allah membinasakan beliau bersama-sama dengan segala harta kekayaannya supaya ianya menjadi peringatan kepada manusia yang akan datang.

Namun bagaimanakah cara kita bersyukur kepada Allah? Rasulullah pernah ditegur oleh isterinya, Aisyah apabila melihat baginda berterusan
bersembahyang sehingga menyebabkan kaki baginda bengkak.

Aisyah berkata: "Bukankah Allah telah mengampunkan dosamu yang terdahulu dan yang akan datang? Baginda menjawab: "Salahkah aku menjadi seorang hamba yang bersyukur?"

Rasulullah adalah contoh yang terbaik bagi kita. Baginda mengajar kita bagaimana cara untuk bersyukur kepada Allah. Iaitu segala nikmat yang telah kita terima mestilah dibalas dengan semakin mendekatkan diri kepada Allah.

Sebagai tanda kesyukuran juga, kita hendaklah melaksanakan segala yang diperintah dan menjauhi segala yang dilarang oleh Allah.

Semoga dengan segala bentuk kesyukuran seperti ini akan menghampirkan kita lagi kepada Allah dan Allah akan menambahkan lagi nikmat yang
dikurniakan-Nya kepada kita.


Wassalam.

Rabu, 07 April 2010

Abudzar..

Abu Dzar al-Ghiffari ra. sebelum memeluk Islam adalah seorang perampok para kabilah di padang pasir, berasal dari suku Ghiffar yang terkenal dengan sebutan binatang buas malam dan hantu kegelapan. Hanya dengan hidayah Allah akhirnya ia memeluk Islam (dalam urutan kelima atau keenam), dan lewat dakwahnya pula seluruh penduduk suku Ghiffar dan suku tetangganya, suku Aslam mengikutinya memeluk Islam.

Disamping sifatnya yang radikal dan revolusioner, Abu Dzar ternyata seorang yang zuhud (meninggalkan kesenangan dunia dan mengecilkan nilai dunia dibanding akhirat), berta’wa dan wara’ (sangat hati-hati dan teliti). Rasulullah SAW pernah bersabda, “Tidak ada di dunia ini orang yang lebih jujur ucapannya daripada Abu Dzar”, dikali lain beliau SAW bersabda, “Abu Dzar – diantara umatku – memiliki sifat zuhud seperti Isa ibn Maryam”.

Pernah suatu hari Abu Dzar berkata di hadapan banyak orang, “Ada tujuh wasiat Rasulullah SAW yang selalu kupegang teguh. Aku disuruhnya agar menyantuni orang-orang miskin dan mendekatkan diri dengan mereka. Dalam hal harta, aku disuruhnya memandang ke bawah dan tidak ke atas (pemilik harta dan kekuasaan)). Aku disuruhnya agar tidak meminta pertolongan dari orang lain. Aku disuruhnya mengatakan hal yang benar seberapa besarpun resikonya. Aku disuruhnya agar tidak pernah takut membela agama Allah. Dan aku disuruhnya agar memperbanyak menyebut ‘La Haula Walaa Quwwata Illa Billah’. “

Dipinggangnya selalu tersandang pedang yang sangat tajam yang digunakannya untuk menebas musuh-musuh Islam. Ketika Rasulullah bersabda padanya, “Maukah kamu kutunjukkan yang lebih baik dari pedangmu? (Yaitu) Bersabarlah hingga kamu bertemu denganku (di akhirat)”, maka sejak itu ia mengganti pedangnya dengan lidahnya yang ternyata lebih tajam dari pedangnya.

Dengan lidahnya ia berteriak di jalanan, lembah, padang pasir dan sudut kota menyampaikan protesnya kepada para penguasa yang rajin menumpuk harta di masa kekhalifahan Ustman bin Affan. Setiap kali turun ke jalan, keliling kota, ratusan orang mengikuti di belakangnya, dan ikut meneriakkan kata-katanya yang menjadi panji yang sangat terkenal dan sering diulang-ulang, “Beritakanlah kepada para penumpuk harta, yang menumpuk emas dan perak. Mereka akan diseterika dengan api neraka, kening dan pinggang mereka akan diseterika dihari kiamat!”

Teriakan-teriakannya telah menggetarkan seluruh penguasa di jazirah Arab. Ketika para penguasa saat itu melarangnya, dengan lantang ia berkata, “Demi Allah yang nyawaku berada dalam genggaman-Nya! Sekiranya tuan-tuan sekalian menaruh pedang diatas pundakku, sedang mulutku masih sempat menyampaikan ucapan Rasulullah yang kudengar darinya, pastilah akan kusampaikan sebelum tuan-tuan menebas batang leherku”

Sepak terjangnya menyebabkan penguasa tertinggi saat itu Ustman bin Affan turun tangan untuk menengahi. Ustman bin Affan menawarkan tempat tinggal dan berbagai kenikmatan, tapi Abu Dzar yang zuhud berkata, “aku tidak butuh dunia kalian!”.

Akhir hidupnya sangat mengiris hati. Istrinya bertutur, “Ketika Abu Dzar akan meninggal, aku menangis. Abu Dzar kemudian bertanya, “Mengapa engkau menangis wahai istriku? Aku jawab, “Bagaimana aku tidak menangis, engkau sekarat di hamparan padang pasir sedang aku tidak mempunyai kain yang cukup untuk mengkafanimu dan tidak ada orang yang akan membantuku menguburkanmu”.

Namun akhirnya dengan pertolongan Allah serombongan musafir yang dipimpin oleh Abdullah bin Ma’ud ra (salah seorang sahabat Rasulullah SAW juga) melewatinya. Abdullah bin Mas’ud pun membantunya dan berkata, “Benarlah ucapan Rasulullah!. Kamu berjalan sebatang kara, mati sebatang kara, dan nantinya (di akhirat) dibangkitkan sebatang kara”.

Abu Dzar Al-Ghiffari ra.

Ku Titipkan Buah Hatiku Ya Allah..



Mencari Pecinta Allah

“Ya Allah! Jika aku menyembahMu kerana takut kepada neraka bakarlah aku di dalam nerakaMu. Dan jika aku menyembahMu kerana mengharapkan syurgaMu, campakkanlah aku keluar daripada syurgaMu. Tetapi jika aku menyembahMu demi Engkau semata, janganlah Engkau enggan memperlihatkan wajahMu yang abadi kepadaku.”

Dunia..layanilah orang orang yang melayani Allah dan perbudaklah orang yang melayani dunia.

Segala sesuatu memang harus didapat dengan pengorbanan..kita tidak akan pernah memetik buah dari pohon, yang tidak pernah kita tanam.

orang orang yang dicintai oleh Allah adalah orang orang yang senang tiasa mengingat Allah dalam segala waktu..

Ya Allah tuntun lah aku, agar tetap berada dijalanMu, dan pertemukanlah aku dengan Orang orang yang Engkau cintai, Amien.

Dalam hadis qudsi Allah Swt berfirman: ”Hamba-Ku, demi hak-Ku, Aku adalah pencinta bagiMu,
maka dengan hak-Ku atasmu jadilah kamu pencinta bagi-Ku. Wahai Musa, barang siapa
mencintai-Ku ia tidak akan melupakan-Ku, barang siapa berharap mengenal-Ku ia meminta
secara mendesak (terus-menerus dalam meminta). Wahai Musa, sesungguhnya Aku tidaklah
lupa akan ciptaan-Ku, namun Aku ingin agar para malaikat-Ku mendengar rintihan doa
hamba-hamba-Ku, dan para malaikat penjaga-Ku melihat -bagaimana - taqarrubnya Bani
Adam”.
Allah menekankan seorang hamba untuk menjadi pecinta-Nya. Allah juga menjelaskan kriteria
orang-orang yang mencintai-Nya. Ciri pertama orang yang mencintai Allah adalah selalu
mengingat-Nya. Mana mungkin seorang pecinta melupakan kekasihnya. Seseorang misalnya,
mencintai sesuatu dia akan selalu mengingat kekasihnya. Dia akan menyebut nama kekasihnya
setiap saat. Dia akan merasakan kerinduan yang syahdu ketika mengulang-ulang menyebut
dengan lembut kekasihnya. Hatinya dipenuhi oleh keinginan untuk bertemu dengan
kekasihnya. Jiwanya selalu menyemangati agar tetap dekat dan bersatu dengan kekasihnya.
Karena itu, ketika seorang hamba mencintai Allah swt, ia hanya memenuhi hatinya dengan
Allah, seluruh kegiatannya ditujukan untuk Allah, dan semua apa yang dia lihat hanya wujud
kekasih-Nya.
Ciri kedua seorang hamba yang mencintai Allah adalah senantiasa berdoa kepada Allah swt.
Karena seorang pecinta tidak ingin lepas dari kekasihnya, maka ia selalu menautkan diri
kepadanya. Seseorang yang mencintai Allah, dia akan menempuh munajat sebagai jalan
menjumpai-Nya. Doanya terus menerus, seakan tidak ingin berhenti berkomunikasi dengan
Tuhannya. Dia selalu asyik merintih, berkeluh kesah kepada kekasih-Nya. Sebagaimana cinta
Tuhan jauh lebih besar kepada hamba-Nya, maka Dia menginginkan agar munajat hamba-Nya
selalu terus-menerus memenuhi ’arsy-Nya. Allah swt bahkan ingin agar para malaikat melihat
bagaimana kedekatan hamba yang menjadi pecinta-Nya.
Allah Swt kemudian menutup hadis qudsi tersebut dengan anjuran yang sangat indah: ”Wahai
Musa, janganlah kalian ingkari nikmat, maka - jika kalian mengkufurinya, hal-hal yang negatif
akan segera menimpa kalian. Janganlah lupa bersyukur maka - jika kalian lupa- kehinaan akan
menusuk kalian. Kekehlah (mendesak secara terus menerus) dalam berdoa, maka kalian akan
diliputi rahmat dengan pengabulan (doa tersebut) dan kalian merasa senang dengan
kenikmatan kesehatan”.

Ciri ketiga pecinta Allah swt ialah mereka senantiasa bersyukur kepada kekasih-Nya. Syukur
merupakan ibadah yang istimewa. Syukur sama sekali bukan untuk menambah keagungan
Allah, sebaliknya syukur akan menambah kemuliaan pelakunya. Pecinta sejati akan selalu
bersyukur dan menganggap besar apapun yang diberikan oleh sang kekasih. Sebaliknya dia
akan menganggap kecil apapun yang dia persembahkan kepada kekasih-Nya. Hamba yang
mencintai Allah swt senantiasa menganggap besar apapun yang dikaruniakan Allah
kepadanya. Bahkan meskipun derita yang dia terima dalam hidup, ia akan mensyukurinya.
Syukurnya begitu agung, sehingga tidak hal-hal kecil yang dia diterima jika datang dari Allah
swt.

Hamba yang mencintai Allah swt senantiasa mengaggap kecil ibadahnya, menganggap kurang
kebaikannya. Dia tidak pernah berhenti untuk menyempurnakan ibadahnya. Dia selalu bekerja
keras untuk senantiasa menambah syukurnya, bahkan meluaskan rasa syukur itu dalam
untaian doa-doanya. Dan akhirnya, rahmat, nikmat dan karunia Allah swt akan mengalir deras
meliputi para pecinta-Nya.

Kelapangan Membuatku Lupa


Kelapangan Hati
Oleh K.H. ABDULLAH GYMNASTIAR


SEANDAINYA orang-orang kaya mengetahui betapa bahagianya hati yang lapang, maka pastilah mereka akan membelinya. Namun sayang, kelapangan hati tidak bisa dibeli dengan uang.

Betapa banyak rumah yang besar tetapi terasa sempit, ruang ber-AC terasa membara, kasur empuk tidak membuat kantuk, uang banyak terasa sedikit, persoalan kecil terasa besar dan mencekik, semua itu terjadi karena hati pemiliknya demikian sempit. Gajah di tanah lapang yang luas tidak membuat takut bahkan justru dinikmati, tetapi kecoak di kamar mandi yang sempit membuat orang menjerit-jerit.

Ya Fattaah, Ya Fattaah Wahai Yang Maha Pembuka, Wahai Yang Memberikan Kemenangan!

Dia-lah yang membuka segala yang tertutup. Hapalan, selama masih terkunci, maka betapa pun berusaha tetap tidak teringat. Kata-kata, betapa pun sudah dirancang dan dipersiapkan, selama masih terkunci maka tidak dapat keluar dengan lancar dari mulut. Persoalan, selama masih tertutup jalan pemecahannya maka akan tetap buntu, gelap, dan pekat. Ide, usaha, rezeki, urusan, semuanya akan sulit selama belum terbuka jalan-nya. Memperbanyak membaca Ya Fattaah, Ya Fattaah sambil berharap Allah membuka jalan-jalan yang masih tertutup akan sangat berguna. Ikhtiar mencari jalan bagaikan benih yang ditabur, doa bagaikan siraman air hujan yang menumbuhkan benih.

Nabi Musa a.s. telah meminta kepada Al-Fattah, Allah Azza wa Jalla, dengan satu doa yang indah yang diabadikan dalam Alquran, Tuhanku, lapangkanlah dadaku, mudahkanlah urusanku, lepaskanlah kekeluan dari lisanku agar mereka memahami perkataanku. (Q.S. Thoha [20]: 25-28)

Lapang dada atau lapang hati yang dimohonkan oleh Nabi Musa kepada Allah, adalah kunci kesuksesan hidup. Bila hati lapang maka pandangan menjadi bijak, emosi tenang dan stabil, pikiran jernih, sabar menahan goncangan, hikmah kejadian akan mudah terlihat, yang semua itu adalah kekayaan yang tak terhingga dalam menyikapi perubahan-perubahan yang senantiasa terjadi dalam kehidupan.

Memahami orang lain adalah usaha aktif, yang dilakukan oleh perasaan dan pikiran dalam menilai tindakan-tindakan orang lain secara jujur dan penuh kasih sayang. Suatu saat pembantu berlaku sembrono sampai piring pecah, maka tindakan pertama dilakukan adalah berempati dengan perasaan dan berpikir secara positif untuk memahami kesembronoan pembantu. Mana ada pembantu yang mempunyai hobi memecahkan piring. Keteledorannya mungkin karena kurang tidur, atau anaknya sedang sakit di kampung atau ia sendiri sedang sakit atau mau menikah tetapi tidak punya uang.

Bagi pembantu, pecahnya piring sudah menimbulkan perasaan bersalah yang menyiksa. Lagi pula cacian dan makian tidak akan membuat piring pecah menjadi utuh kembali, tetapi hanya membuat bertambahnya luka di hati pembantu. Dengan memahami orang lain, kita akan bertambah bijaksana tetapi kalau hanya berharap untuk dipahami maka bersiap-siaplah untuk sengsara.

Tidak mempersulit diri adalah tindakan penuh kesadaran dalam menilai situasi seperti apa adanya, tidak ditambah-tambah, dan tidak dikurang-kurangi. Kenyataan yang mengecewakan akan bertambah parah kalau kita membesar-besarkan sisi yang mengecewakan. Padahal, pada setiap kejadian tidak semua sisi mengecewakan, selalu ada sisi yang menyenangkan. Beli durian, kata penjual duriannya manis, begitu dibuka bukannya manis malahan busuk. Tentu ini kejadian yang mengecewakan. Tetapi, kebanyakan orang mendramatisasi dan menimbulkan kekesalan-kekesalan baru dan pemborosan energi yang tidak perlu.

Pikiran bekerja mencari keburukan penjual, lalu menyebarkan berita kepada sanak famili dan menyimpan kebusukan durian di dalam hati, membuat hati pun ikut busuk. Orang yang bijak dan tidak mempersulit diri akan berpikir, jual beli adalah ibadah dan sudah sampai ganjarannya di sisi Allah. Untung durian ini yang dibeli bukannya orang yang uangnya pas-pasan. Untung yang beli durian ini bukan orang yang istrinya lagi ngidam durian. Terbelinya durian ini oleh kita, menjadi rahmat besar bagi orang lain, toh kita tidak mati gara-gara tidak jadi makan durian. Meskipun durian busuk tetapi hati tetap mulia.

Memberi maaf berarti mengampuni dan melupakan kesalahan orang lain. Mengingat-ingat kesalahan orang hanya membuat hati keruh, pikiran kotor, perasaan tidak enak, dan tidur pun tidak nyenyak. Mengapa mesti merusak kebahagiaan yang dua puluh empat jam gara-gara memikirkan kesalahan satu orang. Mengapa mesti tercuri hati ini gara-gara seorang murid yang menjengkelkan, bukankah ada empat puluh murid lain yang tidak menjengkelkan. Mengapa mesti sengsara oleh seorang tetangga yang menyebalkan, bukankah ada dua ratus tetangga yang tidak menyebalkan. Belajarlah memaafkan yang satu orang maka kebahagiaan dari seribu orang yang lain akan berdatangan. Wallahua'lam.***

Minggu, 04 April 2010

Allah Ya Rahim..Engkau Maha Menutup Aib HambaMu Ini..


Ketika ku lihat dan ku dengar, sekelompok anak muda yang terkesimah dan terhujat, sedih dan menangis mendengarkan tausiah seorang ustad disebuah mesjid..

Akupun tertarik untuk mendekati dan mendengar, sehingga akupun bergabung dengan kelompok tersebut, sampai akhir dari tausiah tersebut.Ku dengar dan ku catat poin poin yang ku harapkan bisa menjadi bekal amalku..

Sangat khikmad apa yang disampaikan Ustad tersebut, sampai sampai aku melihat, dirinya dan beberapa diantara kami mengangis dan meneteskan airmata. Adapun yang disampaikan oleh Ustad tersebut, bahwasanya pada zaman nabiyulloh Musa As, terjadilah kekeringan yang amat sangat meresahkan umatnya. Dan Nabi Musa pun mengumpulkan umatnya dan mengajak umatnya, untuk untuk melakukan sholat istighosa dan berdoa, agar Allah menurunkan hujan.Tapi apa yang terjadi, doa tidak dikabulkan, hujan tidak turun. Nabi Musa heran dan kaget, sehingga Nabi Musapun bertanya kepada Allah.( salah satu mukzizat Nabi Musa, adalah bisa berbicara langsung kepada Allah ). Kenapa Ya Allah, Engkau tidak mengabulkan doaku bersama umatku, seperti Engkau mengabulkan doaku selama ini.Allah pun menjawab pertanyaan Nabi Musa, Hai Musa ketahuilah, doamu tidak Ku kabulkan, karena ada 1 orang diantara umatmu yang melakukan dosa dan maksiat selama 40 tahun. Dia sekarang berada diantara kelompokmu yang berkumpul saat ini. Nabi Musa penasaran, dan ingin tahu, siapa orangnya yang telah menyebabkan Allah murka dan tidak mengabulkan doanya dan kaumnya. Lalu Nabi Musa pun marah, dan berkata kepada umatnya, Hai umatku, ketahuilah bahwa, aku diberitahu oleh Allah, bahwa kenapa doa kita tidak dikabulkan oleh Allah, dikarenakan ada diantara kita yang berbuat dosa dan maksiat selama 40 tahun, Allah tidak suka itu. Oleh karena itu, barang siapa diantara kalian yang merasa melakukan itu, maka keluarlah dari kelompok ku ini ( dengan suara yang keras dan lantang, seolah olah Nabi Musa sangat marah ). Nabi Musa berteriak berkali kali, Hai kaumku, keluarlah, siapa yang melakukan dosa dan maksiat selama 40 tahun.Tapi anehnya, tidak ada yang mengaku dan mau keluar dari kelompok itu. Rupanya ada seorang diantara umat Nabi Musa, merasa terpukul dengan kata kata itu, dan ia pun merasakan, seolah olah dirinya lah yang dimaksud, tapi ia enggan untuk mengaku dan keluar. Begitu ia mendengar terakhir kali Nabi Musa mengucapkan lagi kata kata itu, seolah olah menantang kaumnya yang tidak mau mengaku, orang itupun, berdoa kepada Allah, secara diam diam. Bahkan orang itupun bertoubat sehabis habisnya kepada Allah, dengan tangisan yang terpendam, dikarenakan khawatir ada yang tahu. Tapi apa yang terjadi, Allah Yang Maha Sempurna, Maha Rahman dan Rahim,Doa dan taubat orang itupun, diterima oleh Allah SWT. Dan tak lama kemudian, hujan pun turun. Sekonyong konyong, hal ini membuat heran Nabi Musa, dan Nabi Musa pun bertanya lagi kepada Allah, kenapa Kau turunkan hujan, seolah olah Engkau mengabulkan doaKu dan kaumku, tapi sementara, aku belum berjumpa dan tahu, ada diantara kaumku yang berbuat dosa selama 40 tahun. Lalu, Allah pun menjawab, wahai Musa, ketahuilah bahwasanya orang tersebut, sudah berdoa dan bertaubat kepada Ku dengan sebaik baiknya doa dan taubat, dan akupun mengabulkan doa dan taubatnya itu,maka Aku kabulkan doamu dan umat mu sebelumnya. Lalu Nabi Musa pun meminta ijin kepada Allah, tolong tunjukan, umatku tersebut, yang telah membuat Engkau senang, dan mengabulkan doa kami, orang yang dapat menyenangkan, serta perbuatannya menolong banyak orang yang berharap saat ini. lalu Allah pun menjawab, cukuplah Musa, cukuplah Allah saja yang mengetahui hal yang tampak dan tidak tampak. Hanya Allah lah Yang Sempurna dan Kuasa, yang berbuat sebaik baiknya bagi hambahnya yang Dia Sukai . Aku ridho dengan umatmu saat ini..Subhanallah.

akhir tausiah ini, ustad itupun memberikan hikmah, dari apa yang telah diambil dari cerita nabi di zaman nabi Musa ini, diantaranya ;
1. Bahwa orang tidak mengetahui perbuatan kita, tapi Allah mengetahui segalah
perbuatan kita
selama ini, maka waspadalah terhadap penglihatan Allah.
2. Bahwa allah membuka pintu taubat kepada kita, walaupun dosa kita banyak
dan sering
dilakukan.
3. Bahwa Allah menutup kuat kuat aib hambanya yang berbuat dosa dan maksiat
yang
bertaubat dengan taubat yang sebenar benarnya, sehingga tak seorangpun
yang tahu.

4. Sekiranya Allah mencintai hambanya, maka, sekecil apapun amal yang
diperbuat, akan
dibalas dan amalnya diberkahi, sehingga membawa kebaikan
buat banyak orang.

5. Allah Yang maha Rahman dan Rahim, mengabulkan doa hambanya yang
bersungguh sunggu,
walaupun dalam keadan sempit.

Ya Rob.. Terimakasih Engkau takdirkan diri ini untuk mendengar tausiah itu..Hamba ini pun mohon ampunan atas segala dosa dan maksiat yang hamba lakukan selama ini....Maha Suci Engkau Ya Allah, hambaMu ini telah lalai dan Dzolim terhadap diri ini.Amien Ya Allah.